Saya,Sekeping Tiket Flight dan Sepucuk E-Mail

August 31st, 2010

Dah tak lame lagi semester dah nak start nih! Aku dengan tangkasnya pergi ke meja ku dan ku buka kan laci nya untuk memeriksa tiket flight aku . Bila aku bukak laci meja tu , aku panik bila tiket tu dah takde , habok pon tarak , lipas hidop dalam tu pon boleh mati bai! Aku pon tak tau pesal aku libatkan lipas dalam kes ini . Ok , back to story , aku selongkar seluruh bilik , cari tiket tu sampai jumpa , tapi mission fail jugak , waduh , camana ini dong? Aku balek 10 october nanti tapi tiket tak jumpe , hmmm , takpe , nanti esok luse aku sambong balek selongkar sebab orang tua kata , kalo cari barang tu tak jumpe , kali kedua mesti jumpe punya ding dong ah.

Selepas keesokan hari dan kelusaan hari nya , harapan ku lebur , aku tak jumpe gak tiket tu , humm , nak wat camane ni eh , takkan aku nak pi company tu yang kat KL dah la KL tu jauh gile babeng dari Kuching , tiba-tiba ting tong! aku dapat idea yang agak bernas ! Aku hantar sepucuk email kepada company ABC untuk mendapatkan replacement tiket tersebut ..! Dimana ada kemahuan disitu ada jalan kan!?

Email aku berbunyi gini , ( aku dah potong semua information yang aku include kan dalam email ni )

Hi there,

I’ve bought an Egypt Air round ticket from Amman,Jordan to Kuala

Lumpur,Malaysia and from Kuala Lumpur,Malaysia back to Amman,Jordan

using

The problem is,i lost my e-ticket from KL to Amman in 10 october 2010

,and i need that ticket to travel back to Amman,Jordan.

I really-really hope that you still keep my infomation in your record.

I bought that ticket at Amman,Jordan.

You can send the e-ticket replacement through email.

Thanks!

Lame gile tak wat essay BI , hahaha , terok kan ayat BI aku? Ye la , dah la dah lame tak tulis BI , pastuĀ  beriye pulak hantar email dalam BI kepade company yang office dia terletak kat Malaysia.tapi takpe,prektis makes better kan?

2-3 hari , tunggu reply dari diorang,akhirnya,Alhamdulillah,diorang reply jugak..!

Dear Sir,

Thank you for contacting EgyptAir.

Kindly findĀ  separate mail with copy of your ticket.

If you need any further assistance please do not hesitate to contact us.

Thank you once again for your mail &we look forward to welcome you onboard Egyptair to enjoy our Egyptian hospitality.

Thanks for your cooperation

Aku terlompat seketika di depan pc kerana lega bagaikan kera yang hensem terlepas dari zoo

-END-

Moral of the Story , Jaga barang anda baik-baik,nanti hilang susahkan orang lain pulak!

Creative Commons Attribution 3.0 Unported This work is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported.

Caj Kapasitor Cinta : Lagu!!??

August 19th, 2010

Assalamualaikum dan Yo wasap2 sume !

Camane pose? ok? hehe,sahor bangun x?kalo tak bangun,pandai2 la tahan lapar k,berbuka nanti leh gigit durian puas2.Okay,baru-baru ni,kawan aku ade watkan lagu untuk poem aku yang bertajuk “Caj Kapasitor Cinta”.
Wahaha,tak tau la sama ada lagu tu berbunyi sindiran atau saja-saja,mula-mula dengar teros tergelak sebab muzik dia memang sesuai untuk jiwa riang,yang penting,saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan saya itu yang bernama Zamreda.Dengarkanlah,



Caj Kapasitor Cinta

Jika boleh ditimbang pakai kilo
Boleh kah kita bayar dengan wang?
Jika boleh diukat pakai meter
Boleh kah kita bayar dengan wang?
Jika boleh diikat pakai tali
Boleh kah kita bayar dengan wang?
Jika boleh diukur pakai anggaran
Boleh kah kita bayar dengan wang?
Jika cinta itu kita boleh nampak
Apakah mustahil manusia mencurigainya?
Jika cinta itu kita boleh nampak
Apakah perlu cinta itu disimpan lama-lama?
Jika apa yang kita idam ada didepan mata
Apakah perlu kita pendamkan lagi sampai bila?
Jika suka,cakap suka
Malu? Tak usah malu
Kalau sudah luahkan semua
Kita akan rasa ringan seperti bulu
Luahkan dengan rasa sayang
Keluarkan semuanya
Nescaya kita kan gembira
Kerana boleh bersama
Dengan si dia
Ingat!,
Hanya usaha yang mengukur cara
Bukan hanya “meminta” membabi buta

Tapi saya ni awak nak letak kat mane?

August 10th, 2010

Pemergian saya
Bukan saya yang mintak
Bukan saya suka
Malahan sedih lagi ada
Tapi,
Kenapa perlu berduka
Bukan saya pergi forever n ever

Kalo boleh saya “memang” taknak pergi
Tapi apakan daya
Ekot famili kesana sini
Tapi tak lama cuma beberapa hari
Masih lagi nak berduka?
Ekot awak punya suka la

Saya pon ada hati ada perasaan
Bukan jiwa macam robot jual kat pasaran
Saya pon macam awak ada kehidupan
Macam awak jugak bercita-cita dan wawasan
Kita kan sama
Ada rasa sedih
Kalo saya boleh tahan rasa pilu
Nape awak tak boleh?
Cuba..
Selagi ada upaya
Usaha..
Selagi masa masih ada
Selagi hati saya masih berbunga
Sebelum segalanya binasa

Pemergian saya
Bukan saya yang mintak
Bukan saya suka
Malahan sedih lagi ada
Tapi,
Kenapa perlu berduka
Bukan saya pergi forever n ever

Saya tak larang awak nak sedih
Boleh tu boleh
Tapi boleh ke ia mengubah takdir?
Jangan biarkan perasaan rosakkkan diri
Saya selama ni bersabar dengan karenah awak
Saya selama ni pujuk awak jangan lagi sedih-sedih
Niat saya ikhlas nak buat awak gembira seperti dulu
Saya hanya nak menjaga awak..
Tapi sekarang,awak taknak sedih lagi sampai bila-bila
Awak kata awak takkan kisah kemana jua saya pergi
Pastu awak kata “nak pegi, pegi la..”
Perasan tak..ego awak dah kembali semula?

Saya terus pujuk dan terus pujuk
Tetapi masih jugak tak berjaya..
Macam yang saya cakap tadi,
Saya pon ada perasaan
Sabar pon ada limit
..

Paling saya terkejut
Bila saya nak call nak cuba pujuk
Awak kata jangan call
Saya tepon 3,4 kali
Awak tak angkat
Ok
Saya paham
Awak perlu masa kan?
Saya bagi awak masa k..
:)

..Tapi,saya ni awak nak letak kat mana…

3 orang pembaca suka puisi ini!

Haba

August 7th, 2010

Panas
Terlalu panas
Ku tutup tingkap
Dan ku buka kipas
Ku tutup pintu
Dan ku buka baju
Oh selesa
Ku pejamkan mata
Tangan membantalkan kepala
Oh nikmatnya
Yang diberi oleh Maha-Kaya

Hidup Kami

July 29th, 2010

Sungguh mendung oh sang matahari
Di halangi ..O’ Sang pelangi
Bebintang lima dijadikan caramu
Menyekat jalan ..hidup kami

Usia muda diwarna leka lara
Jiwa pemuda ..jiwa merdeka
Tunjuk belang hati penuh dengki
Sampai bila? ..sampai mati

Gelak mesra mu hanya sandiwara
Janji buta mu khayalan semata
Apa kau ingin?
Pembinasa hidup kami nanti

Seorang pembaca suka puisi ini!

Selamat Pagi Pelangi

June 9th, 2010

Di luar jendela
Ada seekor burung tersenyum riang dibawah alunan cahaya
Pokok zaitun berdiri megah disisinya memanggil haba kemari
Aku berasa beruntung sekali pada pagi ini
Kerana ada Dahlimawati yang menemani diri ini

Di luar jendela itu ada kamu
Menunggu aku supaya melangkah ke arah pintu

Dibuka aku pintu itu terus ke luar rumah
Berjumpa denganmu satu impianku
Berlari denganmu satu harapanku
Membuatmu senyum adalah satu cita-citaku
Mewarna pelangi hatimu adalah satu kerinduanku..

Bersama mu selamanya Norzeyana Dahlimawati
Tak kira apa nama mu seribu kata
Namun hati mu tetap satu di hatiku sampai bila-bila

Selamat Pagi Sayang :)

2 orang pembaca suka puisi ini!

Dalam sebuah bilik – ada aku menangis

May 19th, 2010

wahai kipas berdiri,wahai speaker radio,
kau dengar ku menangis?
kau dengar ku merayu?
ya,aku manusia lemah,
seperti manusia lain,
aku bisa berkata tanpa kawal,
sehingga melukakan hati seorang wanita
yang selalu aku kagumi

wahai almari bilik,wahai meja study ku,
kau telah lihat ku mengalir buat pertama kali,
kau telah saksi ku pecah terbahagi dua buat pertama kali..
aku hanya manusia bukan seperti kamu-kamu wahai perabot yang menemani ku..
aku hanya manusia
maafkan aku..

7 orang pembaca suka puisi ini!

Aku risau,Aku rindu..

May 18th, 2010

Pernah sekali ku terbayang
Langit berwarna merah
Awan bertukar wajah
Petir menjadi marah
Hujan menitis darah
Air mukaku mengeluh kesah
Dalamanku sudah tentu resah

Bila angin meniup api lampu pelita
Tiada siapa akan berada di sisi kita
Kehilanganmu membuatku risau dan terbayang
Ketiadaanmu membuatku rindu padamu sayang

3 orang pembaca suka puisi ini!